Amar Singh buat laporan polis terhadap Raja Petra

Amar Singh buat laporan polis terhadap Raja Petra

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin kerana memfitnahnya dalam catatan blog mengenai serbuan berprofil tinggi pada Mei 2018.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan Amar membuat laporan itu hari ini.



“Saya boleh mengesahkan bahawa dia (Amar) membuat laporan itu di balai polis hari ini,” katanya kepada FMT.

Beliau yang tidak menjelaskan seksyen apa akan digunakan untuk siasatan, bagaimanapun berkata polis akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

Raja Petra, penulis blog kontroversi dikenali sebagai RPK melalui portalnya, Malaysia Today, mendakwa teman wanita Amar hadir dalam serbuan di rumah bekas perdana menteri Najib Razak pada Mei 2018 dan mengambil sebuah beg yang dirampas polis.

Amar menafikan dakwaan itu, sambil berkata, terdapat rekod terperinci mengenai apa yang polis telah rampas dan tiada orang awam hadir semasa serbuan itu.



Beliau berkata, terdapat banyak gambar dan video operasi itu, dari awal hingga akhir.

“Tidak mungkin orang awam dapat mengelak kamera dan video ini tanpa disedari oleh sesiapa, melainkan orang ini mempunyai ‘ilmu ghaib’ dan tidak kelihatan,” katanya.

Amar berkata, serbuan itu dijalankan bersama beberapa timbalan dan penolong pengarah polis serta kira-kira 70 pegawai pelbagai jabatan seperti JSJK, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Tindakan Khas (UTK).

Katanya, bangunan yang diserbu itu dilengkapi lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) dan lebih 50 wartawan berkumpul di lobi, yang merupakan satu-satunya pintu keluar ketika itu.



“Tiada wartawan melihat seorang wanita awam berjalan keluar dari serbuan itu dengan beg pakaian besar seperti didakwa. Jelas sekali dakwaan Raja Petra palsu sama sekali.”

Katanya, beberapa pegawai kanan lain akan turut membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung dakwaan itu.

Amar turut menafikan dakwaan beliau berhijrah ke Kanada dan memaklumkan penulis blog itu dirinya “masih berada di Malaysia dan akan terus tinggal di negara ini sehingga saya mati.”

Amar mengetuai serbuan di beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib selepas Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018. Beliau berkata, wang tunai berjumlah RM116.7 juta ditemui dalam 35 beg yang diambil dari premis itu. FMT



Amar Singh buat laporan polis terhadap Raja Petra


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker