Aira Azman permata baharu skuasy negara

PEMAIN remaja negara Aira Azman disifatkan sebagai permata baharu sukan skuasy yang mampu menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Jurulatih skuasy kebangsaan Andrew Cross berkata, kejayaan atlet berusia 18 tahun itu melangkah ke final Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia merupakan pencapaian yang sangat baik, selepas ratu skuasy negara Datuk Nicol David melakukannya pada 2001.

Prestasi Aira pada kejohanan itu cukup memberangsangkan apabila muncul naib juara acara individu wanita selepas tewas kepada juara bertahan Amina Orfi dari Mesir 8-11, 5-11, 1-11 dan pada masa sama membantu skuad wanita negara muncul naib juara acara berpasukan.



“Dia mempunyai potensi, walaupun tewas di final, dia sudah memberikan saingan kepada beberapa pemain yang berada di ranking lebih tinggi dan menewaskan pemain di ranking 10 terbaik.

“Berdepan pemain Mesir pada perlawanan akhir merupakan tugasan berat, tapi dia sudah berikan yang terbaik sepanjang minggu itu. Dia boleh berbangga dengan dua minggu yang cemerlang di Australia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Walaupun terlepas peluang meraih gelaran juara acara berpasukan wanita, Cross yakin pasukan sedia ada mempunyai potensi besar terutama dalam kalangan pemain akan melalui transisi daripada remaja ke skuad senior selepas ini.

Selain Aira, turut membantu pasukan wanita negara muncul naib juara Kejohanan Dunia Remaja ialah K. Sehveetrraa, U.Thanusaa, and Whitney Isabelle Wilson. – Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker