Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September

Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September

Apple bakal memperkenalkan peranti pintar paling ikoniknya iaitu barisan iPhone 14 seawal 7 September depan.

Berdasarkan kepada takwim pelancaran iPhone setiap tahun, Apple sememangnya melancarkan peranti itu pada pertengahan September namun acara yang ditunggu-tunggu itu mungkin diawalkan kepada 7 September ini.

Apple dikatakan akan memperkenalkan empat variasi iPhone baharu keluaran mereka dan kali ini dikatakan tiada lagi iPhone Mini.

Syarikat gergasi teknologi itu juga dipercayai akan melancarkan beberapa peranti lain antaranya model kelas tinggi iPad dan tiga model Apple Watch.

Berdasarkan tradisi pelancaran, pengumuman iPhone baharu itu akan turut disertai dengan pelancaran beberapa peranti lain terutamanya Apple Watch. HM

Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker