Teman lelaki Tiara berasmara dengan bekas kekasih

Teman lelaki Tiara berasmara dengan bekas kekasih

Baru ingin mengecapi fasa bahagia bersama kekasih, penyanyi jolokan ‘Indonesian Sweetheart’, Tiara Andini diuji apabila teman lelaki, Alshad Ahmad ‘berselingkuh’ dengan bekas kekasih, Nissa Asyifa.

Sejak itu, pelbagai gosip mula diperkatakan termasuklah dakwaan Alshad sudah berkahwin dengan Nissa, namun menceraikan tidak lama kemudian.



Penyanyi Merasa Indah itu terkesima, malah enggan berbicara saat diajukan mengenai kisah cinta yang kecundang.

Sedikit terkejut saat ditanya adakah sudah memiliki seseorang istimewa dalam hidup, naib juara Indonesian Idol musim 10 itu mulanya hanya terdiam dan membalasnya dengan senyuman meleret, namun, akhirnya bersuara.

“Kita tidak mahu bahas mengenai kisah cinta kerana Universal Music adalah tempat muzik, bukan gosip,” jawabnya sekali gus mematikan pertanyaan mengenai teman lelaki.

Meskipun baru melangkah dalam dunia glamor, nyata wanita kelahiran Jember itu bijak menangani komen negatif netizen.



Baginya, komen negatif adalah lumrah dalam kehidupan tidak mengira artis mahupun orang biasa.

Justeru, katanya, dia lebih gemar mengabaikan dan tidak mahu ambil peduli soal negatif.

“Mereka yang dikenali seperti selebriti atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengikut ramai dalam media sosial pasti terdedah dengan komen negatif.

“Bukan hanya artis, malah orang biasa juga terdedah kata-kata kurang enak daripada jiran tetangga, saudara mara mahupun teman.



“Bagi saya, mudah sahaja untuk menanganinya iaitu fokus kepada diri sendiri,” katanya yang kali pertama berkunjung ke Malaysia.

Bakal menghiburkan peminat menerusi konsert pada Jun depan, penyanyi yang meminati genre K-Pop itu tidak sabar memperdengarkan lagu terbaharu yang mendapat sentuhan komposer Korea tetapi menetap di Malaysia, Hyun Shin.

Katanya, dia cuba lari dari zon selesa apabila bakal tampil dengan genre muzik lebih rancak berbanding lagu sebelum ini.

“Saya teruja apabila diperkenalkan dengan komposer Hyuk Shin dari Korea oleh Universal Music.



“Akhirnya, apa yang diimpikan menjadi kenyataan kerana saya penggemar muzik K-Pop.

“Saya sukakan semuanya tentang Korea. Drama, penyanyi dan makanan, semuanya saya suka.

“Apabila dapat berkolaborasi dengan komposer Korea tentunya saya amat teruja, malah turut berkongsi idea dalam penghasilan lagu,” katanya yang berharap agar lagunya dapat menembusi pasaran Korea.

Katanya, ia tidak mustahil kerana sebelum ini, tidak pernah menyangka dapat mengumpul peminat di Malaysia. BH



Teman lelaki Tiara berasmara dengan bekas kekasih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker