DAP Cuba ‘Coverline’ Tommy? Nanti.. Jawab Soalan Bossku Dulu..

 

Entah kenapa DAP perlu pertahankan bekas AG Tommy Thomas.

DAP kata Tommy bertindak betul untuk nyah pembekuan akaun taikun developer yang disaman di bawah akta AMLA sebab taikun dah kembali wang kepada kerajaan.



Eh… kes Riza Aziz yang juga disaman di bawah akta AMLA yang mengembalikan LEBIH daripada wang yang dia terima sebagai dana pelaburan filem (US$288 juta berbanding US$248 juta), DAP kata tak adil pulak.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/30/riza-aziz-bayar-lebih-as40-juta-sebagai-sebahagian-penyelesaian-kes-kata-shafee/

Tapi penyelesaian kes Taikun developer yang boss dia Guan Eng menjadi runner dikatakan adil pulak?
Lagipun Riza buat dengan cara yang betul – iaitu melalui surat representasi peguam dia kepada peguam negara dan bukan melalui pintu belakang untuk minta Menteri Kewayangan dan PM tolong seperti kes taikun.

Wartawan perlu tanya Ramkarpal soalan di atas itu.
Juga perlu ditanya ialah:



1. Adakah Tommy Thomas bertindak betul untuk bocorkan maklumat siasatan SPRM dan butiran akaun developer kepada Guan Eng.

2. Adakah Guan Eng bertindak betul dengan menulis surat kepada PM7 untuk minta PM setuju nyahbeku akaun taikun developer?

3. Adakah Guan Eng bertindak betul untuk tulis surat kepada Tommy Thomas untuk arahkan Tommy nyahbeku akaun developer dengan memetik nama PM7?

4. Adakah Guan Eng buat #duakerja masa itu sebagai runner developer disamping kononnya menjaga duit dan ekonomi Malaysia?
“DAP pertahan Tommy Thomas dalam isu lepas akaun taikun”



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/10/dap-pertahan-tommy-thomas-dalam-isu-lepas-akaun-taikun/

Sumber: FB Najib Razak

Related Articles

2 Comments

  1. Susah juga DAP nk sangkut sebab kebanyakan “panglima ” mereka peguam handal handal belaka.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker