Manifesto Rafique ibarat gali lubang tutup lubang

Oleh Azrin Muhammad

CALON Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali memperkenalkan idea baharu tetapi menambah risiko terhadap masalah sedia ada di Shah Alam.

SHAH ALAM – Mana-mana calon yang bertanding di Shah Alam sudah pasti sedia maklum dengan masalah lalu lintas yang semakin kronik tetapi calon Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali ibarat mahu menambah ‘perasa’.

Menurutnya, Shah Alam khususnya Uptown Seksyen 24 sesuai dijadikan sebagai pusat sehenti bagi pelancong domestik dan luar negara mendapatkan barangan sebelum berlepas atau tiba di Malaysia.

Tidak dinafikan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak kira-kira 40 minit dari Shah Alam tetapi manifestonya boleh mengundang masalah besar.

Beliau sering memberitahu orang ramai bahawa idea baharunya itu perlu mendapat sokongan bagi mengekang jurang ekonomi antara penduduk Kota Anggerik dan Batu Tiga.

Hipotesis awal yang boleh dibuat setakat ini adalah jurang ekonomi masih tidak boleh dikurangkan kerana manifestonya itu bersifat bersasar, malah ia juga akan memberi kesan terhadap masalah sedia ada.

Antara masalah yang akan menjadi semakin kritikal adalah masalah lalu lintas serta membahayakan penduduk setempat, mahupun orang luar Shah Alam menjadi mangsa banjir.

Tidakkah beliau sedar bahawa Sekysen 24 merupakan salah satu hotspot kesesakan lalu lintas dan kawasan paling kerap dinaiki air walaupun hujan dalam tempoh singkat.

Tidak guna melaksanakan satu perkara baharu tetapi mendatangkan puluhan masalah lain, tidak guna memberi 100 orang manfaat sedangkan 1,000 orang mendapat musibah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker