Langkawi muram: Persatuan salahkan Lada, jadual feri

Langkawi muram: Persatuan salahkan Lada, jadual feri

Kemerosotan pelancong ke Langkawi, khususnya sempena perayaan Deepavali Ahad ini, dikatakan berpunca daripada kegagalan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan kelemahan penyaluran maklumat berkaitan pergerakan feri.

Presiden Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, berkata sebagai agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pelancongan di Langkawi gagal menangani kemerosotan itu.



“Lada kata Langkawi dalam keadaan baik.

“Namun realitinya, kami di industri ini memang amat terkesan dengan keadaan yang berlaku,” kata Zainudin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selasa lalu, Zainudin mendedahkan bahawa tempahan hotel bertaraf tiga bintang ke bawah di pulau itu hanya mencapai kadar 10 peratus, lebih teruk berbanding tahun lepas.

Dia justeru menyuarakan kebimbangan pulau itu akan menjadi “pekan hantu’ jika masalah itu tidak ditangani.



Sementara itu, Zainudin berkata Langkawi juga hanya mempunyai dua produk baru untuk diketengahkan iaitu, projek jambatan kaca Eagle Nest dan pusat selam snorkel di Pulau Singa yang akan beroperasi Disember ini.

Kegagalan menangani kes itu juga, katanya, mungkin disebabkan oleh kekosongan kerusi ketua pegawai eksekutif (CEO) yang belum diisi.

“Sampai hari ini, ketua pegawai eksekutif masih belum dilantik. Dah lapan bulan,” katanya.

Sementara itu, berkaitan isu tiket, Zainudin berkata maklumatnya lambat dikemas kini yang menyebabkan pelancong sukar merancang perjalanan.



“Jadual feri lambat keluar. Baru hari ini, lebih kurang dua jam yang lepas baru keluar.

“Jadi orang nak rancang macam mana? Orang takkan boleh rancang, di saat-saat akhir,” kata Zainudin.

Bagaimanapun, seorang jurucakap sebuah syarikat feri memberitahu Malaysiakini bahawa maklumat itu tidak tepat.

“Kita dah letak dalam susun atur. Setiap tiga bulan memang kita akan kemas kini dalam sistem manakala jadual feri yang akan berlayar pula kita kemas kini dalam masa seminggu.



“Jadi, pelanggan boleh merancang tarikh yang mereka nak pergi,” hujahnya.

Sementara itu, Zainudin berharap kerajaan pusat dan negeri dapat sama-sama memainkan peranan untuk mempromosikan Langkawi secara habis-habisan.

LTA, katanya, sanggup menjadi orang tengah dalam perbincangan itu.

“Kerajaan negeri memang tiada wang untuk menolong dari segi bajet. Hanya menunggu daripada kerajaan persekutuan.



“Kami sudah dapat maklum balas daripada kerajaan tapi kita tunggu pihak Lada,” terang Zainudin lagi.

Menurut Zainudin, kemerosotan pelancong ke Langkawi bermula setelah kerajaan membenarkan rakyat untuk bercuti ke luar negara selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 tamat.

Sementara itu, ditanya tentang saingan kawasan pelancongan terdekat seperti Hat Yai dan Krabi, dia mengakui hospitaliti orang Thailand memang “nombor 1” dan “sangat berkelas”.

Bagaimanapun, dia tidak berpendapat Langkawi tiada tempat langsung di hati pelancong.



“Berbanding Langkawi, orang memang suka datang, tapi isu feri pula mengganggu,” katanya mengulangi masalah sama.

Lada diperbadankan bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 untuk membangunkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990, ia berada bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Mk

Langkawi muram: Persatuan salahkan Lada, jadual feri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker