Dakwaan penyokong Najib sokong PN hanya propaganda – Zahid

Dakwaan penyokong Najib sokong PN hanya propaganda – Zahid

Dakwaan kononnya ada 300,000 penyokong Datuk Seri Najib Razak menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah propaganda pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu juga dinafikan oleh Najib atau dikenali Bossku melalui anaknya, Nooryana Najwa baru-baru ini.



“Sebagaimana disebut oleh Nooryana sendiri yang membawa mesej daripada Najib, beliau tidak mengiktiraf kumpuian itu dan beliau memberikan dokongan yang kuat kepada Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Jadi apabila ketua kepada kumpulan itu kononnya suruh menyokong yang sebelah sana, ertinya hatinya tidak bersama kita dan ini adalah propaganda pihak sana (PN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bertemu jentera parti BN dan PH di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias.



Turut sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli dan calon DUN Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa.

Ahmad Zahid mengulas mengenai dakwaan penyokong-penyokong Najib tidak mengundi calon-calon BN pada PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Laporan itu menyebut, Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa, tindakan tersebut dibuat kerana keadilan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO pada masa ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, sebagai bekas pemimpin parti daripada UMNO dan BN, Najib juga mempunyai pandangan sama dengan Nooryana dan dua anaknya lagi, Datuk Mohd Nizar dan Datuk Mohd Nazifuddin.



“Saya yakin bukan sahaja kenyataan Nooryanaa, kenyataan Nazif dan kenyataan Nizar sendiri (bermakna) tiga anakanda beliau yang terlibat dalam politik ini konsisten dan itulah mesej yang datang dari Najib.

“Ini dan juga (disampaikan) melalui peguam yang melontarkan pandangan ini melalui saluran media rasmi oleh Bossku,” katanya. MG

Dakwaan penyokong Najib sokong PN hanya propaganda – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker