“Bukan Lesen Buat Kita Mengejeknya ” – PU Syed Akui Pernah Kuat Kecam Nur Sajat, Tapi, Ini Pesanannya…

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menasihati orang ramai untuk tidak menjadikan isu yang membabitkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan pihak penguat kuasa sebagai satu bahan jenaka ke atasnya.

Bahkan, menurut PU Syed, orang ramai juga tidak berhak untuk mempersoalkan segala amal kebaikan yang pernah dilakukannya selama ini hanya kerana perlakuannya.

“Pertama ambe setuju dia ditahan untuk diberi pengajaran dan untuk menyedarkan kesilapan daripada kehidupan yang penuh ‘khayalan’ ciptaannya itu.

“Namun, ia bukan lesen buat kita untuk mengejeknya, hatta kita menafikan sumbangan infaq dan wakaf yang telah dia lakukan daripada hasil perniagaannya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bahkan, katanya lagi, dia sendiri mengakui merupakan antara individu yang cukup lantang bersuara apabila terdapat sesuatu hal yang melanggar syarak dilakukan usahawan berkenaan.


“Ambe antara yang kuat mengecamnya, jika ternyata dia buat sesuatu yang syarak tegah, namun jika ada sesuatu yang baik daripadanya, maka kita patut hormati.

“Salah tetap salah, namun dia tetap saudara kita yang perlu kita doakan kebaikan buatnya,” coretnya. Pesannya lagi, sebagai insan biasa, kita semua juga tidak akan tahu bagaimana pengakhiran hidup yang akan dilalui.

“Setiap hari kita belajar benda baharu, mengejek bukanlah ubat bagi mengubah kesilapan orang, bahkan ia menjadi toksin yang boleh membunuh manusia untuk kembali berubah,” katanya.

Sebelum ini, Nur Sajat dilaporkan ditahan di Pusat Tahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung beberapa aduan yang diterima Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut Seksyen 10,
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor

Terdahulu, video keadaan dirinya bergari ketika ditahan pihak penguat kuasa turut tular, sebelum dia mengakui melakukan pembedahan jantina.- GEMPAK

Leave a Reply