[VIDEO]Nur Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina,? Perjelas Kontroversi Tangan Bergari Tempoh Hari

Jika sebelum ini pengusaha kosmetik terkenal, Sajat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menafikan bahawa dia telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap setelah videonya yang memaparkan dia sedang menangis sambil tangan bergari tular di media sosial, dia dilihat telah tampil membuat pendedahan tentang apa yang sebenarnya berlaku tempoh hari.

SajatSumber : Instagram Nur Sajat



Sajat menerusi siaran IGTV di Instagram miliknya iaitu @nursajat23 telah menceritakan bahawa dia telah diperlakukan sedemikian rupa oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru.

Apa yang menjadi kekesalan pengusaha kosmetik ini adalah apabila merasakan dia telah dilayan dengan buruk dan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Untuk info, Sajat telah disiasat susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 yang lalu di mana dia telah mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.



KLIK VIDEO SINI: Penjelasan SajatSumber : Instagram Sajat

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=GT-_7NLWFfU[/embedyt]

Dipendekkan cerita, Sajat memberitahu bahawa pihak JAIS seolah-olah telah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.

 

Namun yang lebih menarik perhatian adalah, Sajat telah meluahkan perasaan kesal kerana didiskriminasi sesetengah pihak hanya kerana penampilannya sebagai wanita.



Sumber : Instagram Sajat
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsikan pendapat netizen menerusi laman sosialnya. Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa layanan kurang baik yang diberikan JAIS adalah tidak patut kerana Sajat hadir dengan cara baik dan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

Kredit: BeautifulNara



[VIDEO]” Lelaki Harus Kuat Jat” – Netizen😂 Nur Sajat Menangis Teresak Esak, Tangannya Digari Cetus Pelbagai Spekulasi Dan Misteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker