6 lemas, 19 lagi hilang tongkang karam di sungai

Gambar Hiasan

KISANGANI: Sekurang-kurangnya 25 orang dikhuatiri lemas apabila sebuah tongkang karam di Sungai Congo di sini.

Naib Gabenor Tshopo, Maurice Abibu Sakapela, berkata kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila tongkang terbabit dalam perjalanan dari Kisangani menuju Basoko di Congo.

“Setakat ini enam mayat ditemui, 19 lagi masih hilang dan 237 orang terselamat.

“Pendakwa Raya sudah membuka kertas siasatan. Beberapa individu sudah ditahan,” katanya yang mendakwa kejadian itu mungkin disebabkan lebihan muatan selain faktor keadaan tongkang terbabit.



Sungai sering digunakan sebagai laluan perjalanan di Congo disebabkan kekurangan kemudahan jalan raya serta landasan kereta api.

Kebanyakan kapal yang digunakan berada dalam keadaan daif dan pihak pengurusan sering menutup sebelah mata berhubung soal keselamatan walaupun pihak berkuasa mewajibkan penggunaan jaket keselamatan pada April 2019. – AFP

“Bapak saya dah tenggelam.” -Lelaki terapung tengah laut selepas bot karam [ VIDEO ]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker