Najib ‘ajar’ Tok Pa isu kewangan negara


Datuk Seri Najib Razak membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung isu kewangan dan defisit ekoran pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia satu-satunya menerima pelaburan asing paling rendah dalam Asean dan satu-satunya negara yang mengisytiharkan darurat untuk menggantung Parlimen dengan alasan melawan pandemik.

“Malaysia satu-satunya negara yang menggantung Akta Kewangan untuk membolehkan kerajaan belanja sesuka hati tanpa kelulusan dan pemantauan parlimen. Tiada negara lain.

“Malaysia satu-satunya negara yang langgar had hutang sendiri (yang sudah pun dinaikkan oleh PN dari 55 peratus ke 60 peratus pada bulan Ogos lalu) dengan nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 62.2 peratus pada akhir tahun 2020 tetapi tidak mahu sambung Parlimen dan mengusul agar had 60 peratus ini dinaikkan lagi,” katanya.

Semalam, Mustapa yang juga dikenali sebagai Tok Pa berkata, kebanyakan negara termasuk Malaysia mengalami masalah kewangan serta menghadapi defisit yang besar dalam belanjawan berikutan Covid-19.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, ada sesetengah negara mengalami defisit dalam belanjawan sekitar 10 dan 15 peratus berbanding nisbah defisit daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia iaitu enam peratus yang merupakan antara terendah berbanding negara lain.

Mengulas lanjut, Najib turut menyindir kenyataan Muhyiddin pada 12 April lalu bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai banyak wang selepas lebih RM600 bilion dibelanjakan dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan susulan Covid-19.

“Dan tiada pemimpin kerajaan lain dalam dunia yang pernah tuduh negara sudah bankrap bawah Najib lalu mengadu bahawa kerajaan tiada banyak wang lagi setelah berbelanja RM600 bilion lagi,” ujar Najib lagi. MD

Najib ‘ajar’ kerajaan cara tarik pelabur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker