Jokowi pasti pilih saya

Jokowi pasti pilih saya

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Sulawesi Tenggara ditahan polis selepas memuat naik video di laman TikTok yang menghina Wanita Pertama Indonesia, Iriana Jokowi, lapor laman berita DetikNews semalam.

Dalam klip video tersebut, wanita bertudung coklat dan memakai kaca mata hitam itu melontarkan kata-kata kesat terhadap Iriana.



“Anda sudah tua, Iriana. Sudah busuk.

“Jika berbanding anda dan saya, Jokowi pasti memilih saya,” katanya sambil meludah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muna, Inspektor Alamsyah Nugraha mengesahkan wanita itu sudah berada dalam tahanan polis.

Namun Alamsyah enggan mendedahkan butiran lanjut dengan alasan siasatan kes masih berjalan.



“Dia telah ditahan selepas video tersebut tular. Maklumat lanjut akan diberitahu selepas pihak polis selesai menyoal siasat motifnya,” ujar Alamsyah. K Online

Jokowi pasti pilih saya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker