Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah

Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah

Penyanyi Khai Bahar pernah terdengar pelbagai bisikan termasuk menyuruhnya terjun daripada balkoni rumah.

Selepas mendengarkan bisikan mencederakan diri, penyanyi berasal dari Perlis itu terpaksa menyembunyikan senjata tajam seperti pisau dalam almari.

Khai percaya semuanya gara-gara penyakit kebimbangan melampau (anxiety) dihadapi.

Bagi mengelakkan kejadian tak diingini, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, mengajak adik-beradik dan ipar tinggal bersama.

“Saya terpaksa ajak adik-beradik yang sudah berkahwin tinggal bersama bagi elak lakukan perkara bukan-bukan.

“Saya pernah terdengar bisikan minta saya terjun daripada balkoni rumah.

“Atas sebab itu, saya elak duduk bersendirian kerana takut bisikan ini menghantui fikiran,” dedahnya menerusi temubual bersama program One On One.

Pelantun lagu Luluh itu juga mendedahkan, penyakit anxiety dialami menyebabkannya lebih suka duduk di rumah sekiranya tidak terikat dengan urusan kerja.

“Jika tiada urusan penting, saya lebih selesa duduk di rumah.

“Kalau nak keluar pun atas urusan kerja, jika tidak saya lebih banyak terperuk di rumah.

“Saya juga ambil masa lama untuk kembali keluar seperti dahulu,” katanya.

Khai berkongsi, dia pernah mengalami sesak nafas pada tengah malam sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya alami sesak nafas sampai terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Bagi menyedapkan hati, saya jalani pemeriksaan kesihatan dan nyata, saya sihat tanpa sebarang penyakit,” katanya yang menghidap masalah kebimbangan melampau sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, dia alami penyakit anxiety selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mungkin terlalu memikirkan persepsi orang terhadap saya.

“Namun, saya bersyukur berjaya atas penyakit ini. Tujuan saya berkongsi untuk beri kesedaran mengenai masalah kesihatan mental,” katanya lagi.

Khai menitipkan kepada mereka yang mengalami masalah anxiety supaya segera mendapat rawatan dan tidak malu dengan penyakit dihidapi.

“Kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar, percayalah ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.

“Jangan malu dengan masalah kesihatan mental dialami dan usah berlengah mendapatkan bantuan pakar psikiatri,” katanya. BH

Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker