Lelaki hilang ditemui tergantung pada pokok

Lelaki hilang ditemui tergantung pada pokok

Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemui tergantung pada pokok di tepi Sungai Chikus, Ladang Selinsing Changkat Petai di Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri berkata, mayat lelaki berusia 36 tahun itu ditemui kira-kira 4km dari lokasi motosikalnya ditinggalkan di kawasan kebun kelapa sawit di Alor Bakong, Langkap pada 2.30 petang tadi.

“Mayat lelaki itu ditemui tergantung dengan tali pada sebatang pokok, iaitu pada jarak 4km dari tempat motosikalnya ditinggalkan.

“Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu, disyaki bunuh diri berdasarkan keadaannya ketika ditemui,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, selepas pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat semula di bawah mati mengejut untuk mengenal pasti punca kematian.”

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Desa Maju Perak dekat Langkap sejak Selasa lalu.

Isteri mangsa menyedari kehilangannya kira-kira 1 tengah hari itu, sebelum beliau dimaklumkan abang mangsa yang menjumpai motosikal dan telefon bimbit adiknya di kawasan kebun kelapa sawit Alor Bakong, kelmarin.

Lokasi barang mangsa dijumpai terletak kira-kira 3km dari rumahnya. FMT

Lelaki hilang ditemui tergantung pada pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker