SPRM dan Polis akan tapis pelantikan pengerusi, ahli lembaga pengarah badan berkanun – PM

KUALA LUMPUR: Proses pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan berkanun persekutuan (BBP) akan diperkukuhkan lagi berdasarkan kriteria yang telus, serta wajib melalui proses penilaian wajar menerusi semakan keutuhan beberapa badan penguat kuasa negara.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan ia termasuk semakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Insolvensi dan tapisan polis.

Perkara itu antara garis panduan baharu yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) hari ini, bagi menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998.

Garis panduan berkenaan menyaksikan pembaharuan berhubung pengukuhan tatakelola, serta menekankan pembangunan kapasiti ahli lembaga pengarah BBP.

Antara lain ia memperkukuh pengesanan, kawal selia, dan tatakelola BBP melalui Sistem Badan Berkanun, bagi tujuan pelaporan berkala kepada perdana menteri.

“Badan berkanun merupakan satu daripada cabang sektor awam yang penting dan memerlukan pengurusan tatakelola yang baik. Sumbangan badan berkanun sebagai badan awam bukan sahaja mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara tetapi ia juga menjadi penyokong kepada pelaksanaan strategi oleh agensi pusat serta jabatan-jabatan kerajaan yang lain,” menurut PMO.

Mesyuarat JKKTN berkenaan membincangkan pemantapan tatakelola BBP melalui pengukuhan pelaksanaan peraturan dan tatacara pengurusan.

Garis panduan lain termasuk memperkukuh struktur dan komposisi keahlian lembaga pengarah, dengan mewajibkan penglibatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) khususnya bagi BBP yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Garis panduan berkenaan juga mengandungi usaha memperkasa peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat BBP, termasuk syarikat dan perbadanan BBP.

“Pemantauan BBP akan dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui pemerkasaan peranan ICU JPM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu JPM),” menurut kenyataan itu.

JKKTN turut membincangkan mengenai format baharu pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen untuk dikuatkuasakan semula dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker