10 pemancing terperangkap dalam banjir di kebun kelapa sawit

DENGKIL – 10 orang awam yang memancing di sebuah lombong dalam kebun kelapa sawit di Jalan Kampung Sungai Melut, di sini terperangkap dalam banjir pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.28 petang.

Menurutnya, seramai 20 anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi dan memulakan operasi menyelamat pada jam 7.48 petang.

“Anggota bomba melaporkan terdapat 10 orang mangsa terperangkap dalam kawasan kebun sawit yang dinaiki air setinggi tiga meter, jarak jentera ke lokasi banjir kira-kira satu kilometer dan keadaan gelap.

“Anggota bertugas membawa keluar semua mangsa melalui laluan alternatif ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hafisham berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, dua wanita dan kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun.

“Operasi menyelamat tamat pada jam 10.37 malam,” katanya.

10 pemancing terperangkap dalam banjir di kebun kelapa sawit


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker