Tengku Zafrul, Tiga Lagi Angkat Sumpah Senator Dalam Kabinet Perpaduan

Tengku Zafrul, Tiga Lagi Angkat Sumpah Senator Dalam Kabinet Perpaduan

Empat ahli jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.

Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar.



Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata, Tengku Zafrul merupakan lantikan kali kedua, manakala yang lainnya adalah lantikan kali pertama.

Dalam ucapannya, Rais menggesa agar keempat-empat mereka tidak melupakan institusi senat dalam melaksanakan tugas sebagai menteri.

“Kini syarat bawah Perkara 43B Perlembagaan Persekutuan sudah disempurnakan, iaitu untuk menjadi seorang Menteri, beliau hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

“Satu satu hal yang baik bagi kita di peringkat ini ialah para Senator sebagai Menteri atau Timbalan adalah juara terbaik bagi membela dan menegapkan Institusi Senat sebagai badan legislatif tertinggi negara.

“Boleh saya kata dan buat membuat seruan rapat, tengok-tengoklah kami di sini, di samping dimandikan cahaya media di luar sana,” katanya lagi.



Selain itu Rais turut mengingatkan tentang usaha mereformasi institusi Parlimen yang kini telah berjalan selama hampir setahun setengah.

“Mari kita perkasakan kembali reformasi institusi Parlimen yang diusahakan setakat ini, dan makan masa hampir setahun setengah.

“Dua akta penting diutamakan pindaannya ialah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, dan Akta Kuasa Keistimewaan Majlis Parlimen 1952.

“Anjuran dan cadangan yang konkrit telah dikemukan, dan kertas Kabinet telah disediakan sebelum Parlimen ditangguhkan kewujudan dan kuat kuasanya tempoh hari,” katanya lagi.



Rais turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas khidmat baktinya sebagai Perdana Menteri ke-9. AA

Tengku Zafrul, Tiga Lagi Angkat Sumpah Senator Dalam Kabinet Perpaduan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar



Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker