Pelajar maut akibat serangan jantung di asrama sekolah

Seorang pelajar lelaki tingkatan lima ditemui meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung di bilik asrama sebuah sekolah menengah di Hulu Dungun di sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Nazlin Zazwi, 17, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan-rakan sekolahnya pada pukul 9.45 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, guru sekolah tersebut kemudiannya telah membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Dungun.

“Pemeriksaan pegawai perubatan hospital itu mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Maizura berkata, mayat Mohamad Nazlin telah dibawa ke unit forensik hospital berkenaan sebelum dituntut ahli keluarganya selepas urusan bedah siasat selesai petang tadi.

Beliau berkata, jenazah remaja terbabit difahamkan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Shukor, Hulu Dungun. –

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker