Polis cari suami isteri melarikan diri selepas kereta terjunam dalam sungai
Polis cari suami isteri melarikan diri selepas kereta terjunam dalam sungai

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang dilihat melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berhampiran Jalan Kuari, Sungai Long, Hulu Langat di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 9.30 pagi tadi sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
Beliau berkata, menerusi maklumat saksi awam yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, mereka memaklumkan terdengar bunyi bising di kawasan sungai sekitar jam 9 pagi.
“Saksi melihat seorang lelaki dan seorang wanita yang tidak dapat dipastikan bangsanya keluar dari sebuah kereta yang berada dalam sungai sebelum kedua-duanya melarikan diri ke arah yang tidak diketahui.
“Pihak polis bersama anggota bomba kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada individu berada dalam kenderaan itu, sebelum kenderaan terbabit berjaya dibawa naik ke darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Katanya, siasatan lanjut mendapati kereta berkenaan dimiliki seorang lelaki tempatan yang menyewakannya kepada seorang lelaki lain.
“Difahamkan, kenderaan itu kemudian dipinjam oleh dua individu yang juga pasangan suami isteri sebelum kejadian itu berlaku.
“Pasangan suami isteri itu kini sedang dikesan bagi mengetahui punca kejadian. Insiden ini tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya.
Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ketua Polis Balai Batu 14 Hulu Langat di talian 019-2642499.
Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung sebuah kereta terjunam ke dalam sungai pada jam 10.29 pagi tadi.
Polis cari suami isteri melarikan diri selepas kereta terjunam dalam sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.