Salah bukan calon hangat menang Kasut Emas
Salah bukan calon hangat menang Kasut Emas

London: Erling Haaland diramal bakal memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus mengatasi Mohamed Salah.
Ramalan itu dibuat oleh ‘superkomputer’ Liga Perdana yang mendedahkan pemain-pemain paling berpotensi untuk muncul penjaring terbanyak liga musim ini, hanya beberapa hari sebelum sepak mula kempen baharu.
Musim lalu, Salah memenangi anugerah berprestij itu dengan cemerlang apabila menamatkan musim dengan 29 gol, enam gol mengatasi Alexander Isak (23) dan tujuh gol di depan Haaland (22).
Namun, semua pemain akan bermula dari kosong semula minggu depan apabila musim baharu bermula, dengan Salah dijangka turun dalam perlawanan pembukaan musim apabila Liverpool menentang Bournemouth di Anfield, malam Jumaat ini.
Dia sudah pasti mahu memulakan musim dengan langkah kanan, tetapi ramalan komputer menunjukkan peluangnya untuk mempertahankan trofi itu agak tipis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Berdasarkan data yang dikongsikan, Haaland mempunyai 64.9 peratus peluang untuk memenangi Kasut Emas – anugerah yang pernah dimenanginya dua kali dalam tiga musim bersama Manchester City.
Peratusan itu jauh lebih tinggi berbanding Salah yang hanya memiliki 11 peratus peluang, sekali gus menjadikan Haaland hampir enam kali lebih berpotensi daripada pemain Liverpool itu.
Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada ramalan itu ialah kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang akan berlangsung musim ini.
Salah hampir pasti akan menyertai skuad kebangsaan Mesir ke kejohanan itu, yang dijadualkan berlangsung dari 21 Disember 2025 hingga 18 Januari 2026.
Jika Mesir mara jauh dalam kejohanan itu, Salah berkemungkinan besar akan terlepas sekurang-kurangnya enam perlawanan liga bersama Liverpool, bersamaan hampir 16 peratus daripada keseluruhan musim.
Salah bukan calon hangat menang Kasut Emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.