2 maut tercampak, MPV terbabas rempuh besi penghadang
2 maut tercampak, MPV terbabas rempuh besi penghadang

KLUANG: Dua maut dan seorang terselamat dalam nahas membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas di Kilometer 68.3, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat Simpang Renggam, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8 pagi menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan MPV terbabit maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang belakang tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata sebelum kejadian kenderaan MPV dipandu Logharaj Gupal, 21, bekerja sebagai juruteknik dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV terbabit dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya.
“Rempuhan berkenaan menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan, Seelankumar Segar berusia 26 tahun tercampak keluar dari kenderaan. Kedua-dua mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Bahri berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai mempunyai maklumat berhubung nahas itu diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.t `panas’ Syahredzan, Rosol bertikam lidah isu Titah Adendum
2 maut tercampak, MPV terbabas rempuh besi penghadang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.