ATM, KL berentap di final PERR 2025

ATM, KL berentap di final PERR 2025

ATM, KL berentap di final PERR 2025
ANTARA aksi Kuala Lumpur bertemu Pulau Pinang. FOTO PERSATUAN BOLASEPAK MELAYU WILAYAH PESEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kuala Lumpur bakal berentap di pentas final untuk merebut Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2025 selepas masing-masing berjaya menewaskan lawan di separuh akhir.

ATM yang beraksi terlebih dahulu turun menentang Selangor terpaksa bermain 120 minit selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan di Stadium Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Sabtu lalu.

Kebijaksanaan penjaga gol ATM membaca arah sepakan pemain Selangor ternyata membantu pasukannya menyingkirkan juara Piala Agong 2025 untuk melangkah ke pentas akhir selepas menang 5-4.

Sementara itu, jaringan tunggal Kuala Lumpur pada aksi separuh akhir pertama memberi kelebihan buat mereka ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi 10 pemain selepas menerima kad merah masing-masing di separuh masa pertama (Pulau Pinang) dan separuh masa kedua (Kuala Lumpur).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Harapan pasukan pelawat untuk cuba mengajak tuan rumah beraksi sehingga masa tambahan tidak kesampaian biarpun melakukan asakan bertubi-tubi dan hampir mendapatkan jaringan menerusi penalti tetapi pengadil tidak memberikannya selain Kuala Lumpur bertahan dengan cukup baik serta berdisiplin.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 November ini dan dijangka akan diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

ATM, KL berentap di final PERR 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker