Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon bimbit

Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon bimbit

Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon bimbit
FOTO tular menunjukkan insiden berkenaan.

Alor Setar: Polis membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang menunggang motosikal secara melawan arus sambil memegang telefon bimbit yang dipercayai berlaku di Kilometer 38 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berdekatan Tol Hutan Kampung, dekat sini yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penunggang terbabit, untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Selain itu, polis sedang menjalankan siasatan awal selain mendapatkan kerjasama daripada pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengesan penunggang motosikal terbabit.

“Ia susulan daripada satu video yang tular di Facebook (FB) yang memaparkan tindakan penunggang motosikal menunggang secara melawan arus dipercayai berlaku di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Dalam video berdurasi 23 saat itu, penunggang motosikal yang dipercayai seorang perempuan berdasarkan pakaian warna gelap yang dipakai, dilihat menunggang melawan arus menuju ke arah Jitra sambil memegang telefon bimbit tanpa menghiraukan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Trafik Kota Setar pada 7.34 malam tadi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kota Setar, Sarjan Mohd Khairulnizam Abdul Aziz di talian 011-28350767, atau talian Balai Polis Trafik Kota Setar 04-7321222 bagi membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan dalam kes ini, boleh didenda tidak kurang dari RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000.

“Sehubungan itu, Polis Kota Setar menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh pada peraturan lalu lintas dan tidak memandu sewenang-wenangnya sehingga mengabaikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon bimbit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker