LKM tamat tempoh, tiada insurans, 5 kenderaan mewah disita
LKM tamat tempoh, tiada insurans, 5 kenderaan mewah disita

MELAKA: Lima kenderaan mewah bernilai RM710,000 disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tiada perlindungan insurans.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, berkata sitaan itu dibuat hasil operasi khas Op Luxury yang dilaksanakan sekitar negeri ini kelmarin, sekali gus membuktikan kereta mewah tidak kebal jika melanggar peraturan.
Beliau berkata kenderaan yang disita membabitkan Audi Rs3, Mini Cooper Countryman, BMW X4, Toyota Alphard dan Toyota Estima 2.4 yang dipandu dua wanita dan tiga lelaki.
“Hasil pemeriksaan kelima-lima kenderaan didapati melakukan kesalahan serius mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana lesen kenderaan motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah.
“Mini Cooper Countryman dan Toyota Estima 2.4 masing-masing dipandu wanita dan lelaki berusia 30-an dan 40-an didapati LKM tamat tempoh sejak 2023 dan tiada perlindungan insurans.
“Tiga lagi kenderaan pula dikesan tidak memperbaharui cukai jalan yang tamat awal bulan ini,” katanya dihubungi di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Pastikan Kesejahteraan Orang Asli Diberi Keutamaan
- Najib Pohon Rakyat Malaysia Kekal Tenang, Tidak Terpengaruh Sebarang Provokasi
-
Imarah Jumaat Parlimen Tenggara Dekatkan Pemimpin Dan Rakyat
Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini
Siti Zarina berkata, tindakan pemandu dan pemilik kenderaan terbabit bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.
“JPJ Negeri Melaka ingin menegaskan status atau nilai sesebuah kenderaan tidak akan menghalang tindakan penguatkuasaan.
“Undang-undang akan dikuatkuasakan secara tegas dan adil tanpa mengira jenis kenderaan atau latar belakang pemiliknya,” katanya.
LKM tamat tempoh, tiada insurans, 5 kenderaan mewah disita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Pastikan Masyarakat Orang Asli Tidak Tercicir Daripada Arus Permbangunan
- Wan Rosdy Sampaikan Inisiatif Makmur Pahang, Cermin Komitmen Kerajaan Negeri Martabat Syiar Islam
- Ahmad Zahid Yakin Pelaksanaan RTB Bagan Datuk Bakal Beri Perlindungan Banjir Berkesan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.