Bomba selamatkan 2 wanita tersesat daki Bukit Broga

Bomba selamatkan 2 wanita tersesat daki Bukit Broga

Bomba selamatkan 2 wanita tersesat daki Bukit Broga
Bomba menyelamatkan dua wanita yang tersesat ketika mendaki Bukit Broga selepas tersasar dari denai pendakian. – Foto FB Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih

KAJANG: Bomba menyelamatkan dua wanita yang tersesat ketika mendaki Bukit Broga selepas tersasar dari denai pendakian hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.52 pagi dan tiba di lokasi kejadian jam 10.02 pagi.

Bomba selamatkan 2 wanita tersesat daki Bukit Broga
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih ke lokasi pencarian.

“Dua wanita berusia 30-an tersesat dari landasan trek pendakian dan anggota bomba membuat pendakian serta carian mengikut petunjuk yang diberikan.

“Mangsa kemudian berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan, sebelum dibawa turun ke kaki bukit dan diserah kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bomba selamatkan 2 wanita tersesat daki Bukit Broga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker