PSG didenda UEFA RM800,000 gara-gara kecoh di final UCL

PSG didenda UEFA RM800,000 gara-gara kecoh di final UCL

PSG didenda UEFA RM800,000 gara-gara kecoh di final UCL
Barisan pemain Paris Saint Germain. – Foto Reuters

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) dikenakan denda oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) susulan tindakan liar penyokong mereka ketika meraikan kejayaan menjuarai final Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, Mei lalu.

Kelab gergasi Perancis itu dikenakan denda sebanyak 148,000 euro (RM800,000) selepas penyokong mereka melakukan pelbagai salah laku termasuk menceroboh padang, membakar bunga api, membaling objek, merosakkan kemudahan stadium dan memaparkan mesej tidak sesuai.

Insiden itu berlaku selepas PSG membelasah Inter Milan 5-0 di Allianz Arena, Munich, sekali gus merangkul trofi Eropah pertama dalam sejarah kelab berkenaan.

Ribuan penyokong PSG dilaporkan meluru ke dalam padang sejurus wisel penamat ditiup, dengan sebahagian besar dari arah belakang gawang menyusup masuk hingga menjejaskan kawalan petugas keselamatan.

Kekecohan itu memaksa UEFA membuka siasatan yang kemudiannya membawa kepada keputusan mendenda kelab itu serta mengeluarkan larangan tambahan terhadap penyokong mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Selain denda wang tunai, PSG turut berdepan hukuman penggantungan penjualan tiket penyokong pelawat untuk satu perlawanan kompetitif Eropah, yang ditangguhkan selama dua tahun.

Menurut kenyataan rasmi UEFA, sebahagian besar jumlah denda itu berpunca daripada pencerobohan padang dan penggunaan bahan piroteknik yang melanggar peraturan keselamatan perlawanan.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan tentang tahap kawalan keselamatan perlawanan akhir yang berlangsung di stadium neutral, apatah lagi dengan kehadiran puluhan ribu penyokong.

Bagaimanapun, PSG masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hukuman yang dikenakan, sama ada akan membuat rayuan atau menerima keputusan itu.

UEFA kini menegaskan tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana kelab yang gagal mengawal penyokong mereka, terutama dalam kejohanan utama seperti Liga Juara-Juara.

PSG didenda UEFA RM800,000 gara-gara kecoh di final UCL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker