Pelantikan Ahmad Faizal tiada keperluan untuk negara

Sebaran :

Pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertaraf menteri wajar dinilai semula sama ada keperluan untuk negara atau sebaliknya.

Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata, buat masa sekarang rakyat tidak melihat ianya sebagai satu keperluan melainkan semata-mata untuk kestabilan politik tertentu. 

“Apa jua strategi atau tindakan yang diambil, ianya mesti menjurus kepada keuntungan umum atau demi kepentingan rakyat keseluruhannya. 

“Ini yang dikatakan sebagai pendekatan hikmah mengikut dibawa oleh BERJASA. 

“Pendekatan hikmah ini hendaklah mengambil kira untung rugi kepada watan itu sendiri dengan tanah air, Islam dan Melayu sebagai bangsa tonggak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 

Beliau menegaskan, negara Malaysia yang kecil pada hakikatnya tidak memerlukan serombongan jumlah untuk mentadbir urus watan. 

Tegasnya, gerak kerja pentadbiran itu sudah pun memadai untuk dilaksanakan melalui pelbagai kementerian sedia ada.

Malah, semua kementerian tersebut juga mempunyai jentera penggerak utamanya iaitu kakitangan kerajaan dengan pelbagai peringkat jawatan.

“Kakitangan kerajaan pelbagai jawatan inilah merupakan kumpulan terpenting. Berdasarkan itu, memadai melantik menteri dan timbalan menteri berdasarkan keperluan negara. 

“Melaksanakan pelantikan melebihi apa yang negara perlukan, bukan sahaja memberi kesan kepada kewangan negara untuk membiayai gaji dan elaun sebagainya, malah akan berlaku pengangguran fungsi dan menyebabkan ‘makan gaji buta’.

“Pendekatan berhemah dalam berbelanja di saat ekonomi negara kurang sihat, adalah juga merupakan pendekatan berhikmah,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

Pelantikan Ahmad Faizal tiada keperluan untuk negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Di mana PN nak dapat 9 ahli Parlimen untuk majoriti?


Sebaran :

Leave a Reply