Aksi ‘drift’ pempengaruh TikTok undang padah

Aksi ‘drift’ pempengaruh TikTok undang padah

Aksi 'drift' pempengaruh TikTok undang padah
Gambar hiasan.

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain.

“Semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.

Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan.

Aksi ‘drift’ pempengaruh TikTok undang padah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker