Puteri sulung Agong dilantik perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Dunia PBB
Puteri sulung Agong dilantik perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Dunia PBB
Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan akan menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan dan cabaran dasar.
“Saya telah berpeluang bekerjasama dengan pihak berkepentingan kesihatan mental tradisional dan bukan tradisional. Saya telah melihat bagaimana usaha itu telah menerima sokongan hebat dengan idea-idea baharu dan pandangan tentang cara untuk memecahkan halangan dan mendorong agenda itu di negara kita. Saya tidak sabar untuk menyampaikan kisah Malaysia di PBB.
“Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Perbualan saya mengenai kesihatan mental berubah menjadi lebih baik.
“Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan,” kata Tengku Puteri Iman Afzan.
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Dr Andrew Mohanraj berkata pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan bukan sahaja pencapaian buat Malaysia malah pengiktirafan terhadap peranan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai pendukung antarabangsa untuk kesihatan mental.
“Kami yakin Tengku Puteri Iman Afzan akan mewakili kepentingan WFMH dan menjadi suara advokasi kesihatan mental di PBB,” katanya.
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York.
Tengku Puteri Iman Afzan akan disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu mengikut tempoh Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Okt 2020 hingga 10 Okt 2021. FMT
Puteri sulung Agong dilantik perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Dunia PBB
Baca Artikel Menarik :
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.