Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menarik nafas lega apabila rintihan mengenai kesulitan perniagaannya kini didengari oleh kerajaan, iaitu Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah.
Ramai usahawan di Malaysia mengalami kerugian besar dek kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, malah ada juga yang gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos kerugian yang ditanggung.
Menurut Mila, dia telah dipanggil oleh YB Tuan Mohd Shahar untuk mewakili para usahawan yang terjejas sumber pendapatan dikala pandemik ini.
Ekoran itu, dia menyeru semua pengikutnya mengusulkan beberapa buah cadangan untuknya membentangkan kepada YB Timbalan Menteri bagi membantu untuk memulihkan ekonomi dikalangan usahawan.
“Sahabat usahawan, andai ada idea dan cadangan boleh usulkan. Alhamdulillah dengan Izin Allah
“Saya dijemput untuk menyuarakan keadaan semasa yang dihadapi oleh usahawan tempatan dan membentangkan cadangan serta idea bagi pihak kerajaan membantu kita usahawan kepada Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah.”tulis Mila.
Dia berharap agar dengan idea dan pandangan yang dikongsi bersama dapat membantu sektor peniagaan diceburinya itu dapat dipulih berdasarkan pelan bajet negara 2022 nanti.
“Saya terfikir untuk bersama sama dapatkan pandangan serta idea dari sahabat saya disini agar dapat kita usulkan cadangan yang dapat membantu lebih ramai usahawan dari pelbagai skala dan sektor perniagaan.
“Jom komen di bawah idea dan pendapat anda, bagaimana Bajet 2022 dapat membantu anda dan perniagaan anda,” perkongsian Mila. Bn
Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.