Yew Sin-Ee Yi buat kejutan ke separuh akhir Terbuka Jepun

Yew Sin-Ee Yi buat kejutan ke separuh akhir Terbuka Jepun

 

Yew Sin-Ee Yi buat kejutan ke separuh akhir Terbuka Jepun
YEW Sin-Ee Yi akan berdepan pasangan Korea Selatan esok. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar pencapaian terbaik musim ini apabila mara ke separuh akhir Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-30 dunia itu mencipta kejutan apabila menumbangkan naib juara Olimpik Paris 2024 yang juga beregu nombor enam dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 25-23, 21-19 dalam aksi suku akhir penuh mendebarkan di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kejayaan itu bukan sahaja membawa mereka ke kelompok empat terbaik, malah menamatkan badi kekalahan kepada pasangan China itu selepas tewas dalam tiga pertemuan terakhir sebelum ini.

Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi hanya pernah menewaskan Wei Keng-Chang sekali iaitu pada pusingan pertama Terbuka Denmark 2022.

Pencapaian kali ini juga mengatasi keputusan terbaik mereka musim ini yang hanya setakat suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu, sebelum melalui episod suram apabila tersingkir di pusingan pertama dalam tujuh kejohanan selepas itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Mengulas kemenangan itu, Ee Yi mengakui ia sesuatu yang luar biasa dan memberi suntikan semangat buat mereka.

“Saya sangat teruja dengan kemenangan ini, ia memberi keyakinan besar kepada kami. Kami cuba kurangkan kesilapan mudah dan lebih sabar.

“Dalam dua pertemuan sebelum ini kami tewas dengan mata yang rapat, jadi kali ini kami fokus untuk bermain mengikut rentak sendiri. Syukur, semuanya menjadi hari ini,” katanya.

Ditanya mengenai peluang di separuh akhir, Ee Yi berkata, mereka enggan terlalu memikirkan kemenangan tetapi mahu memberi aksi terbaik.

“Kami akan bincang dengan jurulatih tentang strategi kerana lawan selepas ini memang kuat. Bagi kami, sampai ke separuh akhir pun sudah cukup bermakna. Jadi kami hanya mahu terus menikmati permainan dan ambil langkah demi langkah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Cabaran getir menanti mereka esok apabila dijadualkan berdepan gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae bagi perebutan tiket ke final.

Pasangan Korea Selatan itu menempah slot separuh akhir selepas menewaskan beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-13, 18-21, 21-13 dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Menariknya, ini akan menjadi pertemuan sulung Yew Sin-Ee Yi dengan Won Ho-Seung Jae dan mereka perlu menampilkan aksi ‘kelas A’ sekiranya mahu melangkah ke final Terbuka Jepun buat kali pertama dalam karier mereka.

 

Yew Sin-Ee Yi buat kejutan ke separuh akhir Terbuka Jepun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker