Gantung keahlian Adun Rembia, syor Lembaga Disiplin
Gantung keahlian Adun Rembia, syor Lembaga Disiplin
Lembaga Disiplin Umno dijangka akan mengesyorkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Muhammad Jailani Khamis, digantung keahliannya selama enam tahun.
Menurut sumber dalaman Umno perkara itu dijangka akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dalam masa terdekat.
“Lembaga Disiplin Umno cadang gantung keahlian selama enam tahun kerana tindakan melanggar peraturan parti seperti yang telah dimaklumkan dalam surat yang diberikan kepada beliau.
“Kami sedar bahawa dia mahu Lembaga Disiplin Umno memecatnya berdasarkan surat tunjuk sebab yang kami terima,” kata.
Mesyuarat MKT Umno dijangka akan berlangsung minggu depan.
Pada 5 Sept lalu, Lembaga Disiplin Umno memanggil Jailani bagi prosiding pendengaran berhubung tindakannya hadir ke program kempen PN di Johor baru-baru ini.
Surat yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Hafarizam Harun itu turut meminta Jailani menjawab surat tunjuk sebab yang telah diberikan kepadanya.
Bagaimanapun bekas Adun PKR itu tidak hadir ke sesi prosiding berkenaan.
Jailani ketika dihubungi mengesahkan dia tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Berdasarkan surat Lembaga Disiplin Umno yang bertarikh 28 Ogos, Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu.
Terdahulu, dia mempertahankan kehadirannya dengan berkata ia bukan atas kapasiti sebagai Adun Umno.
Menurut The Star, Jailani berkata dia hadir pada majlis itu bagi pihak Muafakat Nasional, sebuah NGO yang diterajui oleh bekas setiausaha agung BN Annuar Musa
Untuk rekod Jailani merupakan Pengerusi Muafakat Nasional Melaka.
Terus hadir program PN
Sementara itu, Jailani dilihat terus ke pentas PN meskipun dia baru saja dikenakan surat tunjuk sebab dan dirujuk ke Lembaga Disiplin Umno.
Terbaru, Jailani hadir pada program grand finale kempen PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang berlangsung di Muar malam kelmarin.
Malah dia dilihat turut berada di pentas PN dan sama-sama mengangkat tangan dengan pemimpin PN.
Jalani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kehadirannya ke program itu.
“Saya berasa sangat gembira bila berada di samping saudara seislam, sebangsa saya.
“Solat bersama dan menceritakan nasib agama bangsa dan tanah air dan mendoakan perkara-perkara makruf,” katanya ringkas.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan respon pengerusi Lembaga Disiplin Umno berhubung perkara berkenaan. Mk
Gantung keahlian Adun Rembia, syor Lembaga Disiplin
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri
You must be logged in to post a comment.