Alcaraz, Sinner buat perhitungan di final

Alcaraz, Sinner buat perhitungan di final

Alcaraz, Sinner buat perhitungan di final
ALCARAZ meraikan kejayaan berjaya mara ke perlawanan akhir. FOTO Reuters

London: Juara bertahan dua kali, Carlos Alcaraz, meneruskan rentak cemerlangnya di Wimbledon apabila mara ke final buat tahun ketiga berturut-turut selepas menundukkan pilihan kelima dari Amerika Syarikat, Taylor Fritz, 6-4, 5-7, 6-3, 7-6(6) dalam aksi separuh akhir penuh sengit.

Kemenangan itu menyaksikan Alcaraz, pilihan kedua kejohanan, bakal berdepan pilihan utama Jannik Sinner dari Itali pada final Ahad ini.’

Pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu sebelum ini mengalahkan Djokovic dalam dua final Wimbledon terdahulu, namun rekod keseluruhannya menentang bintang Serbia itu adalah 3 menang dan 5 kalah, manakala berdepan Sinner pula, dia memiliki kelebihan 8-4.

“Ia perlawanan yang sangat sukar, seperti biasa apabila menentang Taylor,” kata Alcaraz selepas perlawanan yang berlangsung selama dua jam 48 minit di Centre Court yang dibakar terik mentari.

“Saya bangga dengan cara saya mengawal tekanan. Bermain di separuh akhir Wimbledon bukan mudah. Saya gembira dengan tahap permainan saya hari ini.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Alcaraz mempamerkan statistik mantap dengan 13 servis ace dan memenangi 88 peratus mata daripada servis pertama (64 daripada 73), hanya kehilangan servis sekali.

Sebaliknya, Fritz melakukan 19 ace dan 44 pukulan kemenangan (berbanding 38 oleh Alcaraz), namun gagal mempertahankan servisnya sebanyak tiga kali.

Fritz, 27, sekali lagi kecewa apabila gagal menjadi pemain lelaki Amerika Syarikat pertama mara ke final Wimbledon sejak Andy Roddick pada 2009, selain masih belum pernah menewaskan Alcaraz dalam tiga pertemuan.

Alcaraz, Sinner buat perhitungan di final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker