Senator Bersatu dikhuatiri sekat RUU anti-lompat parti
Senator Bersatu dikhuatiri sekat RUU anti-lompat parti
Ketegangan yang semakin meningkat antara Umno dan Bersatu mencetuskan kebimbangan bahawa senator yang dicalonkan oleh Bersatu mungkin menghalang kelulusan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti di Dewan Negara.
RUU yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas itu akan dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Negara esok.
Sumber memberitahu FMT, wujud kebimbangan bahawa 12 senator Bersatu akan memanfaatkan bilangan mereka untuk menyekat RUU itu demi kepentingan parti.
“Kebimbangan seperti itu diutarakan kepada saya oleh pejabat menteri persekutuan,” kata seorang pemimpin politik yang enggan dinamakan.
“Jika senator-senator ini mencuba langkah itu, (bermaksud) mereka mengutamakan kepentingan parti berbanding negara. Ini (tindakan) paling tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan keanak-anakan.”
Langkah ini dijangka susulan laporan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersedia memanggil pilihan raya umum (PRU) jika Perikatan Nasional (PN) menarik balik sokongan kepada kerajaannya.
Ketegangan antara Ismail dan PN dilaporkan meningkat apabila gabungan pimpinan Bersatu itu menuduh perdana menteri gagal menunaikan beberapa janji yang dibuat kepadanya, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, Bersatu menafikan laporan mengenai penarikan sedemikian.
Dewan Negara dianggotai 58 senator, termasuk 12 daripada Bersatu. Dua lagi ahli Bersatu dijangka mengangkat sumpah sebagai senator esok.
RUU itu, satu pindaan perlembagaan, memerlukan sokongan dua pertiga senator, atau 47 undi. Tanpa 14 undi Bersatu, hanya akan terdapat paling banyak 44 undi menyokongnya.
“Jika dihitung-hitung, (peluangnya) tipis. Tetapi saya yakin mereka akan mengutamakan kepentingan negara berbanding parti,” kata pemimpin politik itu.
Sementara itu, satu sumber kerajaan mengakui beliau “ada mendengar” ura-ura bahawa senator Bersatu tidak akan mengundi menyokong RUU itu.
“Saya difahamkan Menteri Parlimen dan Undang-Undang (Wan Junaidi Tuanku Jaafar) akan bertemu dengan semua senator esok (Isnin) untuk memastikan sokongan mereka,” kata sumber itu, yang turut enggan dinamakan. FMT
Senator Bersatu dikhuatiri sekat RUU anti-lompat parti
Baca Artikel Menarik:
- Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin
- Gaza lumpuh dibedil tentera Israel, puluhan terbunuh termasuk kanak-kanak
- Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina
- Padah muat naik klip video berunsur lucah
- Video lucah, penyanyi terus membisu
- Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia
- Pergaduhan kaum di Sungai Petani? Ini sebenarnya yang berlaku
- Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20
- Daiyan Trisha beli rumah mewah impian
- Dua Adik-Beradik Tinggal Bawah Jambatan Lepas Bapa Kahwin Lain
- Jangan kerana meraikan toleransi berbilang kaum, akidah tauhid tergadai
- Mukhriz pemimpin setanding Mahathir?
- Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis – Laporan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol
You must be logged in to post a comment.