Kes pecah pintu cermin masjid: Keluarga sedar perubahan sikap
Kes pecah pintu cermin masjid: Keluarga sedar perubahan sikap sejak 2 minggu
Keluarga kepada seorang jurutera yang ditemui meninggal dunia di sebuah rumah, selepas insiden memecahkan cermin Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang, di Johor memaklumkan menyedari perubahan sikap yang ketara sejak dua minggu lalu.
Ayu Megawati Mohd Said, kakak kepada Muhammad Sufian berkata, adiknya juga pernah meluahkan hasrat ingin berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang menghidap penyakit lelah yang kronik.
Katanya, adik bongsunya itu bertugas di Johor sejak tiga tahun lepas dan tidak pernah berkelakuan agresif sebelum ini namun, akhir-akhir ini kerap menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung.
“Rutin kami adik-beradik membuat panggilan video secara berkumpulan selepas maghrib dan arwah akan menamatkan perbualan apabila masuk waktu azan isyak, tetapi sejak dua minggu kebelakangan ini arwah berbual lebih lama berbanding sebelumnya,” katanya menurut laporan Bernama.
Ayu yang turut tinggal berdekatan dengan Sufian di Pasir Gudang berkata, pada Sabtu lalu adiknya itu beberapa kali mendesak serta mengajak pulang ke kampung, bagaimanapun dia meminta Sufian bersabar hingga Ahad bagi menguruskan dokumen rentas negeri.
“Namun, perancangan itu tidak tercapai apabila saya menerima panggilan kira-kira pukul 4 pagi dan dimaklumkan kejadian yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata, jenazah Muhammad Sufian telah selamat dikebumikan pada 9 malam kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kuda, Kuala Berang, Terengganu.
Dalam kejadian Ahad lepas, jurutera kimia itu ditemui maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya dan sebelum itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak. FMT
Kes pecah pintu cermin masjid: Keluarga sedar perubahan sikap
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
You must be logged in to post a comment.