1 maut, 4 cedera kemalangan beberapa kenderaan antara Sungkai-Slim River
1 maut, 4 cedera kemalangan beberapa kenderaan antara Sungkai-Slim River

IPOH: Seorang maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River, lewat malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam.
“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
“Pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan,” katanya.
Empat lagi mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal di lokasi kejadian.
Suhaimi menambah pihak polis masih menyiasat pasti punca kemalangan.


Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad menerusi akaun X memaklumkan, semua lorong masih ditutup dan trafik terhenti sepanjang 12 kilometer.
Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif dan keluar di plaza tol terdekat.
1 maut, 4 cedera kemalangan beberapa kenderaan antara Sungkai-Slim River
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.