Lelaki Nigeria gigit telinga koperal hingga putus dituduh esok
Lelaki Nigeria gigit telinga koperal hingga putus dituduh esok

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis sehingga putus sebahagian di Metro Prima, Kepong pada Jumaat lalu akan dituduh esok.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata polis sebelum ini mendapat lanjutan reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu selama tiga hari sehingga Khamis.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
“Pihak pendakwaan bersetuju untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Mengenai keadaan terkini mangsa yang juga anggota berpangkat koperal, Ahmad Sukarno berkata, anggota itu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Telinga yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek.
“Hari ini doktor akan melihat semula keadaan luka mangsa, jika tiada jangkitan kuman akan dilakukan proses pembedahan,” katanya.
BH pada Jumaat lalu melaporkan, anggota polis putus sebahagian telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kereta peronda polis (MPV) di Metro Prima, Kepong, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 10.03 pagi itu anggota peronda MPV terbabit menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki warga asing yang membuat kacau di sebuah klinik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Katanya, mangsa diarahkan membantu membawa suspek balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Ketika memasukkan suspek ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang, suspek yang bergari tangan di belakang secara tiba-tiba bertindak agresif dan tidak memberikan kerjasama sebelum menggigit telinga kiri mangsa sehingga terputus sebahagian.
Lelaki Nigeria gigit telinga koperal hingga putus dituduh esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.