SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Sekolah Politik UMNO (SPU) terus melahirkan generasi pemimpin berilmu dan berprinsip, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah berkesempatan untuk bersama-sama para peserta PSU batch ke-5 untuk sesi Daurah, pagi tadi.

“Memulakan pagi dengan solat Subuh berjemaah bersama anakanda-anakanda SPU Batch ke-5 sebelum kami meneruskan sesi Daurah bersama-sama.

“Alhamdulillah, pejam celik sudah lima batch SPU kita lahirkan. Sesi seperti inilah yang sentiasa saya nantikan untuk duduk dekat, bertukar cerita dan berkongsi kisah perjalanan mengemudi UMNO legasi sebuah perjuangan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap agar sesi pada pagi tadi menjadi garis panduan untuk mencorakkan masa depan politik negara.SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: UMNO Melaka Sudah Bersedia, Tekad Bawa ‘Gelombang Biru’


“Saya berharap perkongsian mengenai ‘ikhlas’ pagi tadi dapat menjadi bekalan buat anakanda semua. Ambillah yang baik sebagai pedoman, belajarlah daripada setiap pesanan dan bina jati diri dengan ilmu, adab, keberanian serta prinsip yang teguh.

“Perjuangan ini memerlukan generasi yang bukan sekadar memahami sejarah tetapi berani mencorakkan masa depannya.

“Semoga daripada SPU ini terus lahir generasi pemimpin yang berilmu, berprinsip dan bersedia memikul amanah perjuangan pada masa hadapan. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tegaskan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang Mesti Sentiasa Dihormati

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker