SPRM siasat tatakelola, teliti tender UKM RM58.45 juta

SPRM siasat tatakelola, teliti tender UKM RM58.45 juta

SPRM siasat tatakelola, teliti tender UKM RM58.45 juta
SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan siasatan tatakelola bagi meneliti sebarang aspek ketidakpatuhan dan kelemahan yang wujud membabitkan proses perolehan ke atas tender Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta.

Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM, Datuk Mohd Zaki Hassan, berkata agensi itu sudah membuka satu fail penyiasatan tatakelola berhubung kes berkenaan.

“Buat masa ini siasatan kes masih dijalankan.

“Ini bagi mengenal pasti sekiranya wujud kelemahan atau ketidakpatuhan sebagaimana Laporan ketua Audit Negara (LKAN) pada 21 Julai lalu yang mendedahkan tiga daripada tujuh tender perolehan UKM keseluruhan berjumlah RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada November lalu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus dilaporkan, berkata pihaknya sudah memanggil lima individu untuk diambil keterangan berhubung perkara berkenaan.

Pada Julai lalu pula, LKAN dilapor mendedahkan tiga daripada tujuh tender perolehan UKM berjumlah keseluruhan RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan ditetapkan.

Laporan itu mendedahkan, Jawatankuasa Perolehan Tender UKM memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Pra-Tender.

Menurut laporan LKAN itu, UKM juga didapati tidak melantik wakil Kementerian Kewangan (MoF) sebagai ahli Jawatankuasa Perolehan, manakala wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilantik tidak hadir dalam mesyuarat berkaitan tiga tender berkenaan.

SPRM siasat tatakelola, teliti tender UKM RM58.45 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pas, Bersatu Ditimpa Kifarah Politik Akibat Khianati UMNO


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker