Polis buru lelaki warga asing simbah asid pada kekasih
Polis buru lelaki warga asing simbah asid pada kekasih

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing terpaksa menanggung derita akibat disimbah asid di sekitar PJS 4 di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata kejadian dipercayai berlaku membabitkan mangsa dan teman lelakinya yang juga warga asing kira-kira jam 10 pagi.
“Saya sahkan ada terima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.”
“Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan kejadian disyaki berpunca akibat putus hubungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata, polis masih giat mengesan suspek yang melarikan diri sejurus kejadian dan maklumat latar belakang suspek masih dalam siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan
- Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi
Mangsa berusia 20-an bekerja di sebuah kedai makan melecur akibat disimbah cecair dipercayai asid.
“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan melecur.”
“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk proses rakaman percakapan saksi kejadian bagi menjejaki suspek terbabit,” katanya.
Polis buru lelaki warga asing simbah asid pada kekasih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula
- Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas
- PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara
You must be logged in to post a comment.