KBS umum pelepasan cukai anak ikuti latihan sukan
Ibu bapa kini layak mendapat pelepasan cukai individu bagi kos yuran menghantar anak masing-masing menjalani latihan dalam sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata ia adalah inisiatif baharu pelepasan cukai yang dimasukkan bagi perbelanjaan sukan termasuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan yang terhad sehingga RM1,000.
“Kriteria latihan sukan yang layak mendapat pelepasan cukai iaitu pertamanya latihan secara ‘one-off’ atau bersiri yang diadakan secara berstruktur seperti kelas, klinik, kursus, bengkel dan sebagainya.
“Keduanya, jenis sukan adalah seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], iaitu 103 jenis sukan yang telah diwartakan.
“Ketiga, penyedia latihan mestilah persatuan, kelab sukan, syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
“Perbelanjaan bagi yuran latihan sukan dibuktikan dengan resit pembayaran termasuk resit yang dijana secara dalam talian. Slip bank dan penyata akaun bank tidak boleh digunakan sebagai bukti atau resit pembayaran,” katanya pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hannah turut menasihatkan ibu bapa supaya membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan penyedia latihan sama ada persatuan, kelab atau syarikat menggunakan khidmat jurulatih yang berdaftar.
“Ibu bapa kena semak dahulu sama ada jurulatih itu adalah bernaung di bawah persatuan sukan ataupun kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan ataupun di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Kalau tidak, akan ada individu yang sewenang-wenangnya mendakwa diri mereka sebagai jurulatih, dan tiada siapa boleh sahkan.
“Untuk jangka masa panjang, kita mahu kesemua jurulatih ini mendapat tauliah daripada Institut Sukan Negara (ISN) kerana kita ada Kod Sukan Selamat.
“Kita mahu pastikan setiap jurulatih yang memberikan latihan itu mengikut syarat dan ketetapan persatuan sukan masing-masing,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella tenang disamping Syed Saddiq
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]