Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast

Menteri ekonomi, Rafizi Ramli melakukan pusingan u’ apabila meminta mengadakan sesi soal jawab di podcast selepas melemparkan cabaran debat, kata pempengaruh media sosial, YB Viral.

“Walaupun Rafizi dikenali sebagai seorang yang kerap membuat pusingan-u, cabaran debat yang bertukar menjadi podcast soal jawab dan perbincangan ini adalah bukti betapa teruknya Rafizi telah jatuh standard.

“Adakah Rafizi takut kalah debat dengan seorang pempengaruh yang dituduhnya hanya ‘menyebarkan pembodohan’?” soal VB Viral dalam satu kenyataan.

Pada 15 Dis lalu timbalan presiden PKR itu menyampaikan jemputan rasmi kepada pengguna TikTok pro-Perikatan Nasional (PN) yang memuat naik video yang menyelar kerajaan dan dasar-dasarnya.

Menurut Rafizi, pempengaruh itu menyebarkan pembohongan tidak berasas kepada pengikut mereka adalah antara ancaman terbesar yang dihadapi kerajaan hari ini.

“Dengan adanya platform media sosial (terutamanya Tiktok), mereka berleluasa menyebarkan fitnah dan pembohongan. Mereka akan memainkan sentimen demi sentimen yang tidak memberikan gambaran dan perspektif sebenar, yang akhirnya memesongkan kefahaman rakyat mengenai satu-satu perkara.

“Apabila ditanya di Parlimen, pemimpin politik mereka sendiri tidak boleh menjawab. Saya selalu bertanya kepada ahli-ahli Parlimen PN tentang ukuran ekonomi yang mereka gunakan sebagai bukti kepada dakwaan mereka ekonomi telah merudum. Mereka tergagap-gagap dan tersipu-sipu seperti kerengga yang lari bertempiaran,” kata Rafizi.

‘Kerajaan sekat perbezaan pendapat’

Bagaimanapun YB Viral berkata Rafizi hanya menepis segala isu dan kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan sekarang sebagai ‘pembodohan’ dan ‘fitnah’.

“Lebih mengejutkan Rafizi turut menuduh pempengaruh kepentingan awam seperti YB Viral sebagai ‘ancaman utama negara’.

“Beliau juga sekali lagi mengugut netizen yang memberi komen negatif terhadap kerajaan dengan tindakan undang-undang jenayah atau sivil.

“Serangan dan fitnah berterusan Rafizi terhadap pempengaruh kepentingan awam seperti YB Viral adalah gambaran bagaimana kerajaan sekarang ini secara berterusan cuba menyekat perbezaan pendapat dan suara semak dan imbang oleh rakyat,” katanya.

Malah katanya, laman sesawang gerakan Demi Negara (deminegara.org) turut disekat oleh kerajaan sekarang.

Dia turut mengingatkan bahawa kerajaan terdahulu tidak pernah mengharamkan akses ke laman sesawang NGO-NGO dan gerakan masyarakat sivil seperti Bersih yang mengkritik kerajaan.

Selain itu, YB Viral berkata, sejak tiga minggu lalu pihaknya telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap laporan ketelusan yang dikeluarkan oleh TikTok dan Meta.

“Kedua-dua platform melaporkan bahawa arahan daripada kerajaan semasa untuk menyekat kandungan yang dikatakan tidak bersesuaian berada pada rekod tertinggi.

“Malah di bawah kerajaan Malaysia Madani, TikTok melaporkan bahawa Malaysia adalah yang keempat tertinggi di dunia di mana kerajaan memberikan notis arahan undang-undang supaya kandungan diturunkan pada separuh pertama 2023.

“Ia sebenarnya menunjukkan trend yang jelas bahawa kerajaan sekarang sedang secara agresif cuba menapis suara Rakyat dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini, malah di bawah pentadbiran Najib Razak apabila Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Fahmi Fadzil sangat lantang melemparkan segala jenis tuduhan terhadap kerajaan BN ketika itu,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker