Cara orang Pas menipu
Cara orang Pas menipu
Tan Sri Shahrir Samad mendakwa Pas Kedah terpaksa memalsukan video bagi menunjukkan sokongan rakyat Johor kepada parti itu.
Menerusi hantaran di Facebook, veteran UMNO itu dipercayai merujuk kepada suntingan video yang didakwa dilakukan penyokong Pas dan tular di media sosial.
“Kasihan bagi Hero Pas Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Datang ke Johor hendak kuburkan UMNO.
“Nak menunjukkan kononnya orang Johor menyambut kedatangannya dengan hebat, terpaksa penyokongnya palsukan video,” katanya di laman sosial hari ini.
Terdahulu, tular satu rakaman membabitkan satu ceramah di ibu negara yang telah disunting bagi menggambarkan ketibaan Menteri Besar Kedah.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Johor akan menjadi medan untuk menguburkan UMNO.
PRK tersebut adalah bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Dalam pada itu, secara sinis Shahrir berkata, bukan cara Islam membuat suntingan video bagi tujuan menipu orang ramai.
“Ini bukan cara orang Islam. Ini cara orang Pas menipu. Yang bertanding calon-calon Parti Amanah. Semuanya rakan-rakan lama dalam Pas dulu,” ujarnya. MG
Cara orang Pas menipu
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET