Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
“Sewaktu darjah enam, saya nampak rakan-rakan kelas ‘show off’ (menunjuk) kad pengenalan masing-masing, dengan yakinnya saya ingat saya akan dapat juga.”
Ramai yang menyangka gadis dari Lanzhou, Gansu ini berbangsa Melayu atau mualaf kerana kepetahannya bertutur bahasa Melayu termasuk dalam loghat utara, Kelantan, Terengganu dan Jawa.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 27, berkata, dia sudah tinggal di Gombak, Selangor, sejak kecil kerana ibu bapanya ditawarkan biasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, sekitar 1990.
Min berkata, keluarganya memang beragama Islam dari kumpulan etnik Hui di China.
“Ayah dan ibu sangat berminat dengan pelajaran Islam tetapi di China, mereka susah melanjutkan pengajian kerana bidang pendidikan agama di sana terhad.
“Apabila ibu bapa saya ditawarkan biasiswa UIAM, ibu dan ayah terus memilih ke Malaysia. Ayah juga mendapat tawaran penyambung pengajian di Libya tetapi memilih Malaysia kerana cuaca bagus dan budaya menarik,” katanya.
Menurutnya, dia mula menguasai bahasa Melayu sejak kecil kerana tinggal di kawasan perumahan yang sepenuhnya didiami orang Melayu.
Katanya, selain belajar di sekolah menengah kebangsaan, dia juga suka memerhatikan rakan-rakan Melayu apabila mereka bercakap.
“Kebanyakan rakan saya terdiri daripada bangsa Melayu, jadi memang sudah terbiasa bertutur Melayu jika berborak bersama mereka.
“Ketika sekolah rendah, cikgu saya terkejut mendengar ‘accent’ (dialek) Melayu saya sama seperti anak-anak Melayu,” katanya.
Kisah gadis yang ingin dikenali sebagai Min ini mendapat perhatian selepas dia memuat naik video di TikTok dan petah bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
Video yang dimuat naik mengundang rasa kagum warganet apatah lagi dia mempunyai rupa paras yang cantik dan bertudung.
Min berkata, ramai memberi komen bertanya pelbagai soalan yang mereka ingin tahu.
“Sehingga ada yang bertanya, adakah ibu bapa awak ‘mix’ (campur)? Macam mana boleh terbuka hati masuk Islam? Adakah ibu bapa memberi keizinan hendak memeluk Islam?”
“Terlalu ramai warganet mengajukan soalan-soalan itu dan saya rasa terhibur, lama-kelamaan saya mengiyakan saja,” katanya.
Menurutnya, ketika zaman kecilnya, dia pernah dikecam dan disuruh pulang ke negara asal tetapi apabila sudah menginjak dewasa, ramai yang kagum dengan kelebihannya yang fasih berbahasa Melayu.
Min berkata, dia boleh menyesuaikan dirinya dengan makanan di Malaysia dan setakat ini, tidak pernah menjumpai makanan yang tidak disukainya.
“Saya makan semua jenis makanan terutama durian, nasi kerabu, tempoyak, tomyam dan pastinya saya suka makanan yang pedas,” katanya. HM
Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum