Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga

Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Adam Radlan, 42, yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham pertuduhan dan mohon dibicarakan,” kata tertuduh yang bersut biru.

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan didakwa secara rasuah meminta suapan wang berjumlah RM2 juta daripada Lian Tian Chuan sebagai upah untuk tertuduh kerana membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Publika, Damansara sekitar Januari 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. mk

Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker