Perjumpaan ‘Top 5’ Umno Sabtu ini ditangguh – Ismail
Mesyuarat MKT UMNO juga ditangguhkan
Perjumpaan ‘Top 5’ Umno Sabtu ini ditangguh – Ismail
Perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama ditangguhkan.
“Hari Sabtu ini Mesyuarat MT Khas sepatutnya diadakan tetapi kita dapat mesej dah ditangguhkan jadi kita tunggu setiausaha agung akan umumkan tarikh baru.
“Sebelum Mesyuarat MT akan datang akan bincang balik. Selalunya sebelum Mesyuarat MT akan ada (pertemuan) Top Five (lima pemimpin tertinggi) kemudian ada (mesyuarat) biro politik, selepas itu malam (mesyuarat) MT,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai, malam tadi.
Sebelum ini Ismail yang juga naib presiden Umno berkata perjumpaan pemimpin tertinggi itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Okt.
Lima pemimpin tertinggi Umno itu merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden parti.
Dalam pada itu, Ismail menegaskan komitmen kerajaan dalam memberikan kebebasan media untuk melaporkan berita dengan tepat dan bertanggungjawab.
“Campur tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan tepat dan bertanggungjawab.
Selagi laporan itu, sahih, bukan fitnah dan bertanggungjawab, itu tak ada masalah daripada segi undang-undang,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan campur tangan politik dalam organisasi media.
Sebelum ini terdapat pihak yang mempertikaikan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baharu, mendakwa pelantikan itu dibuat atas campur tangan politik. FMT
Perjumpaan ‘Top 5’ Umno Sabtu ini ditangguh – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan