Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani rawatan dan pemeriksaan di Wad 21, Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak ubah seperti `bom jangka’.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata ia berikutan masalah ulser dalam perut yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu sejak sekian lama.
“Najib ada sejarah berkaitan ulser dan kira-kira tiga bulan lalu, keadaannya berada di tahap kritikal. Tahap hemoglobin (sel darah merah) Najib turun ke tahap sangat rendah dan keadaannya pada ketika itu seperti bom jangka. Pendarahan tersebut boleh menyebabkannya diserang angin ahmar.
“Pihak hospital sedang menjalankan beberapa ujian terhadap Najib untuk menentukan sama ada masalah tekanan darah yang dihadapinya mempunyai kaitan dengan masalah ulser ini,” kata peguam itu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian bertanyakan kepada Muhammad Shafee adakah perubahan jenis ubat bagi merawat tekanan darah tinggi Najib menjadi punca kepada masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak guamnya itu.
“Ya. (Najib) diberikan ubat yang sama tetapi ada yang ubat `original’, ada yang generik. Ubat generik tidak begitu yang berkesan seperti yang `original’. Sekarang, Najib telah diberikan ubat yang `original’ dan tekanan darahnya sudah mulai menurun tetapi masih belum berada di tahap yang memuaskan,” ujar Muhammad Shafee.
Pada prosiding yang sama, Muhammad Shafee turut mengemukakan sijil cuti sakit Najib yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan ditandatangani oleh Pakar Perubatan Klinikal.
Sijil tersebut menyatakan Najib tidak boleh menghadiri prosiding perbicaraannya selama dua hari bermula hari ini. Sehubungan itu, perbicaraan kes itu akan bersambung 26 September ini.
Semasa prosiding pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib tidak mengemukakan sebarang bantahan memandangkan sijil sakit berkenaan dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan