MKT UMNO akan putuskan rundingan kerjasama PAS-UMNO, bukan keputusan individu

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan membuat keputusan sama ada PAS dan parti itu mengadakan rundingan bagi menghadapi PRU15, kata timbalan presiden Mohamad Hasan.

Jelas beliau, rundingan atau pertemuan kedua-dua parti akan dibincangkan jika dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno.

“Umno bukan saya, Umno adalah parti, jadi parti kena buat keputusan, apa sahaja pandangan saya tidak penting, pandangan parti itu penting. Ia diputuskan dalam satu musyawarah dan badan tertinggi iaitu MKT,” katanya menurut Bernama.



Mohamad mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menganggap semua pihak bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (rakan kerjasama) dalam membina negara baik serta diredai Tuhan dan perkara itu diputuskan Jawatankuasa Kerja PAS yang bermesyuarat Ahad lalu

Bagaimanapun, Mohamad mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) setakat ini memutuskan untuk bergerak solo pada PRU15 akan datang.

Sementara itu, beliau berkata, BN ketika ini masih belum menyentuh aspek calon dan kerusi bagi menghadapi PRU15.

“Belum lagi lihat soal itu, (calon dan kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya.



“Tidak guna kita cakap soal calon kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker