Bakal bertanding di Parlimen Alor Setar, KJ kunci mulut

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin enggan ulas berhubung tawaran daripada UMNO Bahagian Alor Setar untuk bertanding di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tak akan jawab soalan itu,” katanya ketika ditanya mengenai tawaran untuk beliau bertanding di situ.

Isnin lepas, Khairy dalam sidang akhbar di Kedah secara berseloroh mengatakan akan bertanding di sana pada PRU15 nanti.

Malah, Timbalan Ketua UMNO Alor Setar, Zambri Mat dalam hantaran di Facebook hari ini mendedahkan isu pencalonan Khairy turut dibincang dalam mesyuarat bersama UMNO peringkat cawangan, baru-baru ini.

Cakap-cakap berhubung kawasan ditandingi bekas Pemuda UMNO itu bermula selepas beliau mendedahkan diminta untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rembau yang dimenangi PRU14 lepas untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen itu, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Bagaimanapun, Mohamad menyatakan bahawa UMNO belum menentukan calon-calon dan kerusi yang akan bertanding dalam PRU15, sebaliknya sedang giat menyiapkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, sebanyak 500 pesakit kanser hospital kerajaan bakal mendapat perkhidmatan percuma bagi rawatan radioterapi dan radiosurgeri.

“Mereka akan dikenal pasti dan dirujuk oleh Kementerian Kesihatan dan bakal menerima rawatan di tujuh rangkaian hospital di bawah IHH Healthcare Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi terkini,” katanya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker